Saturday, February 28, 2009

Pengalaman bersama ATV di Kemensah







Assalamualaikum
Sebagai memulakan bicara, kami di D'Kembara ingin mengucapkan terima kasih kpd sesiapa yang melayari blog kami yang tak seberapa ini. Untuk pengetahuan semua kami membuat blog ini hanyalah untuk mempromosikan keindahan alam dan didalam masa yang sama cuba memperkenalkan tempat2 yang kami lawati.
Okay, back to the main topic, pada 10/02/2009, kumpulan kami berkesempatan untuk mencuba ATV(all terrain vehicles) di Kemensah, K. Lumpur. Semuanya bermula apabila seorang ndari ahli kami, En. Fauzy telah membuat pencarian di internet tentang sukan2 lasak, ketika pencarian itu beliau telah menjumpai satu laman, mengenai ATV ini yang beroperasi di Kemensah. Setelah mendapat persetujuan ahli, kami telah bersetuju untuk pergi mencuba ATV ini.(8 orang peserta mengikuti progam ini)
Setibanya di lokasi ATV, kami telah diberi penerangan tentang penggunaan dan ciri2 keselamatan yang perlu diambil ketika meggunakan ATV ini. Kemudian kami diberikan latihan bagaimana untuk menggunakan ATV secara selamat.
Setelah jurulatih berpuas hati, maka bermulalah pengembaraan kami ke Air terjun Kemensah. Pada mulanya, perasaan gayat menghantui kami kerana melihat cerun bukit yang perlu didaki dan turuni. Tetapi selepas 10-15 minit perasaan tersebut hilang kerana melihat paranoma hutan yang indah dan kami semua begitu enjoy dan merasakan ianya adalah satu pengalaman yang menarik. Disini disertakan beberapa gambar yang telah diambil untuk tatapan semua.


Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Volkswagen Cars. Powered by Blogger